PAS TAK PERLU APOLOGETIK PERJUANG ISLAM !!!

Ketua Dewan Pemuda Pas Pusat,Nasrudin Hassan berkata,parti itu tidak perlu apologetik untuk terus bercakap mengenai dasar dan prinsip perjuangan Islam yang didokongnya seperti pelaksanaan syariah Islamiah di negara ini.Selain itu katanya,beliau juga tidak bersetuju Pas menenggelamkan atau menyembunyikan hasrat atau cita-cita untuk mendaulatkan Islam walaupun ia dilakukan atas nama strategi.

“Ini kerana kelak kita akan dilihat berpura-pura (hipokrit). Kita memperjuangkan Islam dengan pakej asal yang tulen daripada Rasullullah SAW.Tiada pakej kedua atau ketiga sekalipun untuk berdepan dengan usaha meraih sokongan dan undi bukan Islam.Pakej perjuangan kita telah siap dan kekal iaitu al-Quran dan ia dibaca oleh seluruh umat manusia sejak 1400 tahun lalu tanpa sembunyi dan perlu disepikan lagi,” kata nya.

Nasrudin menegaskan dalam blognya episod sebuah perjuangan.Nasrudin turut mengingatkan,kempen baru Pas dalam musim atau di luar musim pilihan raya mestilah tidak lagi menggunakan kaedah lama yang hanya membuat ahli sendiri berasa seronok sementara orang- orang atas pagar dan mereka yang berada di seberang pagar akan lari malahan tersinggung dengan cara parti itu.

“Sedangkan kempen adalah untuk mendekatkan orang kepada kita. Kaedah lama seperti perkataan kasar penuh emosi yang dilontarkan mungkin berbalas takbir yang bergema daripada kalangan sendiri tetapi ia menambah liar hati orang ramai kepada perjuangan kita,” katanya.Nasrudin berkata,Islam yang diperjuangkan oleh Pas adalah agama yang sesuai dan relevan sepanjang zaman.

“Biarpun al-Quran diturunkan lebih 1400 tahun lalu namun prinsip, kaedah, iktibar, nasihat, hukum dan isu yang dibawa masih segar dan hidup.(Oleh itu) selama mana perjuangan ini berlandaskan kaedah dan hikmah al-Quran maka selama itulah perjuangan ini terus segar, baru, sesuai sepanjang zaman,” katanya lagi dalam blog nya.

KALAU SESUAI BAGUS LAH.LEPAS NI JANGAN LAH MEMBUAT FATWA ATAU APA-APA YANG MENGELIRUKAN RAKYAT.ITU JER SAYA MINTA…

Leave a comment »

Realisasi agenda PAS ganti Umno

KUALA TERENGGANU, 24 Okt: Agenda PAS menggantikan Umno hendaklah direalisasikan oleh pendukung parti dengan menekankan kepada gerakan dakwah terhadap golongan Umno dan golongan atas pagar, mengelakkan serangan peribadi dan memperbanyakkan aktiviti penerangan melebihi serangan.

Demikian antara resolusi Ijtimak Kepimpinan PAS Negeri Terengganu ke-14 yang diadakan di perkarangan Surau Kampung Tanjung Batu Rakit, yang berakhir petang ini.

Di samping itu, Dewan Himpunan Penyokong PAS hendaklah diperkasakan sebagai wahana untuk menjadikan saluran bagi menolak fahaman asabiah perkauman tokok pimpinan Umno BN dan NGO upahan seumpama Perkasa yang bercanggah dengan Perlembagaan Malaysia seterusnya berintima’ dengan perjuangan PAS bagi menjamin kesejahteraan dan keadilan untuk semua.

“Marilah kita sama-sama meletakkan komitmen untuk melaksanakan resolusi-resolusi yang mewakili hampir keseluruhan cadangan dan lontaran idea yang telah diberi oleh perwakilan dan ulasan pimpinan bertunjangkan kepada ucaptama Tuan Guru Presiden,” ujar Pengerusi Jawatankuasa Resolusi ijtimak, Mohd Draman ketika membacakan resolusi itu.

Berikut ialah resolusi penuh.

Menyedari bahawa Barisan Nasional (BN) sedang berada di ambang keruntuhan dalam menghadapi pelbagai masalah luaran dan dalaman, sedang PAS Negeri Terengganu terus melangkah memperkasakan kekuatannya bagi memenuhi harapan besar yang diberikan oleh rakyat bagi membawa perubahan kepada negeri Terengganu.

Berasaskan hakikat ini, Ijtimak Kepimpinan PAS Negeri Terengganu kali ke-14 yang diadakan pada 23hb Oktober 2010, bersamaan 15 Zulkaedah 1431H yang bertemakan “Demi Kedaulatan Islam; Perkasakan Jihad” dengan sebulat suara membuat gagasan dan resolusi bahawa saf kepimpinan PAS Negeri Terengganu di semua peringkat beriltizam untuk:

Bagi menghadapi pilihan raya umum yang ke-13, maka jentera pilihan raya mestilah digerakkan bermula dari sekarang di semua peringkat mengatasi perancangan dan gerak kerja Umno BN dengan memberi tumpuan kepada pengemaskinian urusan pemilih dan keahlian serta penguasaan ke atas pengundi sasaran.

Meningkatkan kefahaman dan penghayatan petugas-petugas PAS di semua peringkat bagi mengikis penyakit atau budaya negatif seperti futur, isti’jal, ukhuwah yang longgar dan seumpamanya.

Menegaskan bahawa setiap anggota jemaah sama ada pemimpin, petugas atau ahli parti, hendaklah memperkukuhkan sifat-sifat kualiti peribadi dan meningkatkan keupayaan diri dalam memperkasakan jihad dengan memperkukuhkan wala’, thiqah dan intima’ terhadap pimpinan dan jemaah.

Merealisasikan agenda PAS mengganti Umno dengan menekankan kepada gerakan dakwah terhadap golongan Umno dan golongan atas pagar, mengelakkan serangan peribadi dan memperbanyakkan aktiviti penerangan melebihi serangan.

Menyokong, meneruskan dan memperkukuhkan kerjasama politik di kalangan parti-parti dalam Pakatan Rakyat melalui kaedah tahaluf siyasi tanpa menggadai prinsip perjuangan di samping menjadikannya sebagai satu ruang dakwah.

Menerus sumbangan dan komitmen semua petugas dan kepimpinan yang sedia ada dalam memperkasakan PAS benar-benar sebagai sebuah gerakan Islam yang syumul.

Meneruskan proses pembudayaan petugas-petugas PAS dengan gerak kerja berasaskan kepada perancangan yang sistematik dan berstrategi membina keyakinan masyarakat terhadap PAS sebagai kerajaan alternatif ataupun kerajaan menunggu.

Memperkasakan Dewan Himpunan Penyokong PAS sebagai wahana untuk menjadikan saluran bagi menolak fahaman asabiah perkauman tokok pimpinan Umno BN dan NGO upahan seumpama Perkasa yang bercanggah dengan Perlembagaan Malaysia seterusnya berintima’ dengan perjuangan kita bagi menjamin kesejahteraan dan keadilan untuk semua.

Leave a comment »

1,000 demo mahu kawasan perumahan dihubung lebuh raya

Harakahdaily
RAWANG, 24 Okt: Lebih 1,000 penduduk Bandar Tasik Puteri, Rawang mengadakan demo dan seterusnya menyertai dialog bagi membolehkan laluan dibina untuk kawasan perumahan mereka dihubungkan dengan Lebuhraya Kuala Lumpur-Kuala Selangor yang bakal siap tahun depan.

Mereka berdialog dengan pemaju AP Land Berhad, Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM), Majlis Perbandaran Selayang (MPS), pemegang konsesi lebuh raya itu Binapuri dan juga anggota Parlimen Selayang, William Leong.

Anggota MPS zon 24, Ahmad Zaidy Talib menganjurkan dialog ini sempena demo yang dianjurkan oleh penduduk.

Dalam demo dan dialog ini, penduduk melahir kekesalan mereka dengan kelewatan pembinaan laluan masuk ke kawasan mereka walaupun lebuhraya hanya bersebelahan dengan kawasan kediaman mereka.

Pengarah AP Land yang mewakili pemaju, Datuk Nordin Razak menjelaskan laluan itu pasti akan dibina dan fasa satu projek itu sudah bermula apabila cerucuk untuk jambatan laluan itu sudah mula dipasang.

Fasa dua iaitu membina laluan dan interchange juga telah diluluskan. Mereka akan memfailkan permohonan pengambilan tanah untuk fasa tiga iaitu membina laluan masuk dari interchange lebuh raya  ke Bandar Tasik Puteri.

“Ini kita tidak dapat tentukan bila kerana proses pengambilan tanah tidak tentu,” katanya.

Ketika BTP mula dibina akhir tahun 1990-an dahulu, pemaju menjanjikan laluan ke lebuhraya. Namun apabila lebuh raya hampir siap dibina mereka dapati tidak ada laluan ke kawasan mereka.

Penduduk BTP marah kerana mereka terpaksa menempuh kesesakan jalan setiap pergi dan balik ke kawasan perumahan ini kerana jalan masuk dan keluar menuju lebuhraya digunakan ramai penduduk dan ia sangat sempit.

Ini menyebabkan penduduk marah dan mula merancang demo hari ini. Ahmad Zaidy sebagai ahli majlis MPS yang baru dilantik beberapa bulan lalu berbincang dengan pihak-pihak berkaitan dan menganjur dialog hari ini.

Selepas dialog mereka mencapai kata sepakat, pembinaan jambatan dan terowong di bawah lebuh raya mereka siap dalam masa setahun manakala laluan ke kawasan mereka akan siap kira-kira dua tahun setengah dari sekarang.

Bagi memantaunya, satu jawatankuasa bersama yang dipengerusikan Wiliam Leong ditubuhkan untuk mempastikan projek ini berjalan mengikut jadual.

Walaupun tidak puashati kerana projek ini masih lambat siap tetapi penduduk gembira majlis dialog ini dibuat dan memberikan gambaran jelas kepada mereka tentangnya.

Leave a comment »

Galas: Isu setempat bakal dominasi kempen

KUALA LUMPUR, 1 Okt: Bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Zaid Ibrahim yang kini Penyelaras Pakatan Rakyat meramalkan isu setempat akan mendominasi kempen bagi pilihan raya kecil Dun Galas yang bakal diadakan tidak lama lagi.

Menurut Zaid, kedua-dua pihak (PAS dan Umno) pastinya akan menumpukan kepada isu tempatan samada persoalan keperluan asas, infrastruktur, bantuan, soal kehidupan harian masyarakat disana dan isu kebajikan.

Mengulas mengenai peluang PAS menang di kawasan kubu kuat Umno itu, beliau bagaimanapun tidak mahu menyatakan samada PAS mampu atau sebaliknya.

Tetapi beliau mahu Pakatan Rakyat bekerja keras kerana pastinya dalam pengamatan PAS mahupun pimpinan Pakatan Rakyat bahawa BN akan menggunakan segala macam strategi ‘jahat’ untuk mendapatkan undi.

“Di sana politik nasional saya rasa kurang relevan, sebaliknya isu setempat.Siapa yang berjaya selesaikan masalah setempat, dia ada kelebihan, saya sarankan kerajaan negeri perhalusi benda ini,” katanya dalam sessi cakap-cakap di pejabat Harakah pagi ini.

Ditanya mengenai pelantikan Tengku Razaleigh Hamzah selaku Pengarah Jentera Pilihan Raya Umno/BN di Dun Galas, Zaid berkata ‘persoalan Ku Li’ bukan keutamaan.

Sebaliknya rakyat di sana mahukan bantuan, kebajikan dan siapa yang mampu menyelesaikan masalah yang mereka hadapi, katanya.

Galas sebuah kawasan pedalaman yang pastinya merangkumi isu-isu setempat yang tidak ada dibandar, katanya.

Tambahnya, cuma di Kelantan ada sedikit faktor individu yang boleh mempengaruhi geo politik disana iaitu kelibat Menteri Besar, Tuan Guru Dato’ Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Namun tidak boleh dipastikan samada kawasan yang dahulunya begitu tebal dengan sokongan kepada Umno/BN ini sudah berjaya ditembusi PAS sewaktu Allahyarham Che Hashim Sulaima menjadi wakil rakyat, katanya.

Justeru beliau mengharapkan PAS dan jentera Pakatan Rakyat bekerja kuat lebih-lebih lagi Galas mempunyai 65 peratus undi Melayu yang boleh dimanipulasi oleh Umno/BN.

Leave a comment »

Janji tak tunai dah 4 kali pilihanraya di N.Sembilan

Cerita masalah pekerja ladang di N.Sembilan sebelum ini :
Keluhan Pekerja Ladang N.Sembilan http://pasns.blogspot.com/2007/12/keluhan-pekerja-ladang-n.html

Apalah Nasib Pekebun Peneroka N.Sembilan http://pasns.blogspot.com/2010/04/apalah-nasib-pekebun-peneroka-nsembilan.html

Penduduk Kg. Gatco Hilang Kepercayaan Pada UMNO / BN http://pasjelebu.blogspot.com/2008/01/penduduk-kg-gatco-hilang-kepercayaan.html

*****************************
Rakyat tagih janji hak milik tanah
Sinar Harian 15 April 2010

SERAMPANG INDAH (Jempol, N.Sembilan) – Penduduk masih menagih jawapan pihak berkaitan mengenai hak milik tanah kebun mereka sejak 20 tahun lalu.

SEKALIPUN SUDAH EMPAT KALI PILIHAN RAYA, NAMUN SEHINGGA KINI HAK PENDUDUK MASIH MENJADI TANDA TANYA.

Bekas Ketua Kampung, Abd Rahman Ali Muhamad berkata, semua pemimpin kerajaan di peringkat bawahan seperti Pejabat Daerah atau tertinggi di Jabatan Perdana Menteri sedia maklum mengenai masalah penduduk Kampung Gatco.

Menurutnya, peserta generasi pertama dan kedua berharap tanah kebun di-perjuangkan menjadi hak milik mereka.

“Kami hanya meminta Gagasan 1Malaysia dicanangkan ke seluruh negara, rakyat didahulukan dapat direalisasikan di kawasan ini kerana surat makluman daripada setiausaha Datuk Seri Najib ketika menjadi Timbalan Perdana Menteri masih kami simpan,” katanya.

Bekas Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK), Sulaiman Ompong berkata, pelbagai media pernah datang ke kampung ini membuat liputan berhubung masalah dialami.

Menurutnya, Kampung Serampang Indah atau Gatco di bawah kawasan Parlimen Jelebu, tetapi di bawah pentadbiran daerah Jempol dan perkara itu tidak seharusnya menjadi alasan dalam memberikan kata putus mengenai hak penduduk.

“Penduduk di sini datang dari seluruh Semenanjung dengan hasrat memiliki tanah sebagai meneruskan kehidupan dan membesarkan anak serta mengharapkan keprihatinan kerajaan menyelesaikannya,” katanya.

N Venugopal, 64, berkata, sebanyak RM7,600 dibayar kepada pengurusan ketika mula memasuki penempatan itu sekitar 1977.

Menurutnya, surat perjanjian memasuki ladang dan resit asal masih disimpan untuk menepis kenyataan dia adalah pendatang asing di kampung berkenaan.

“Harapan saya supaya memperoleh tanah hasil kudrat dan titik peluh saya sendiri setelah sekian lama berbakti,” katanya.

Atan Warsan, 72, adalah antara generasi pertama yang sentiasa menantikan jawapan mengenai kedudukan sebenar tanah kebun hasil usahanya bersama 300 peneroka asal lain.

Atan berkata, ramai rakannya meninggal dunia dan waris mereka ditinggalkan dengan tidak menge-tahui tentang status tanah terbabit.

Menurutnya, jawapan pemimpin hanya akan di-peroleh menjelang pilihan raya dengan janji akan menyelesaikan masalah penduduk di sini, namun akhirnya hanya tinggal janji sahaja.

“Saya tidak jamin masyarakat di sini akan memilih wakil kerajaan sama setelah empat kali dike-cewakan melalui satu kertas undi setiap orang tanda kesetiaan, namun ternyata sia-sia,” katanya.

Terasa dianaktirikan

Bekas Ketua Wanita, Zainab Lasim berkata, hidup penduduk di sini banyak bergantung kepada hasil kebun diusahakan sejak 30 tahun lalu.

Menurutnya, alasan masalah itu sukar diselesaikan kerana disebabkan majoriti penduduk adalah kaum India tidak boleh diterima kerana mereka juga warganegara Malaysia dan berhak mendapatkan hak sewajarnya.

“Kami tidak tahu bagaimana cara untuk menyelesaikan masalah ini sekiranya kerajaan tidak dapat menyelesaikannya dan memberikan jawapan sebenar supaya tidak berasa dianaktirikan sesiapa,” katanya.

Bekas Ketua Pemuda Cawangan, Muhamad Kamisan berkata, penduduk telah melakukan semua langkah dan perlu dilakukan sama ada dengan cara diplomasi atau politik dalam mendapatkan hak mereka.

Menurutnya, kebimbangan semua peserta di sini hanyalah kepada masa hadapan generasi akan datang untuk meneruskan kehidupan dan jalan penyelesaian isu itu akan menjadi lebih sukar.

“Penduduk semakin meningkat dan generasi pertama ramai sudah tiada cuma yang tinggal hanya hara-pan serta impian memiliki tanah sendiri untuk diusahakan waris,” katanya.

Nordin Ahmad Bakri, 52, berkata, segala penat lelah dan usaha penduduk mendapatkan hak umpama tiada harga di mata pihak berkuasa.

“Sebarang urusan atau keputusan seharusnya me-ngambil kira hak peserta ladang ini dan pintu rundingan sentiasa dibuka untuk menyelesaikan masalah ini.

“Sebanyak 693 pengundi berdaftar di kampung ini dan 242 adalah keahlian tetap kerajaan pada masa kini berharap sesuatu dapat dilakukan segera dengan berlandas kebenaran,” katanya.

Sementara itu, terbaru, ladang seluas 400 hektar terbakar sekali gus mengakibatkan banyak kerugian kepada penduduk, pengu-saha dan peserta ladang.

MDJ akan siasat masalah berlarutan sehingga 20 tahun itu telah dipanjangkan kepada Majlis Daerah Jempol (MDJ).

Pegawainya, Datuk Mohd Yusof Yunus berkata, pihaknya sedia maklum dan sedang meneliti sejarah kes berkenaan.

“Kita sedia maklum masalah ini dan sedang menyiasat sejarah kampung terbabit. Dalam pada itu, diharap penduduk terlibat dapat bersabar,” katanya.

Leave a comment »

Galas: PAS tak kira siapa pengarah p’raya Umno BN

KOTA BHARU, 1 Okt: Timbalan Presiden PAS, Nasharudin Mat Isa menegaskan PAS memasuki pilihan raya termasuk Pilihan Raya Kecil (PRK) Dun Galas nanti tanpa mengira siapa yang menjadi pengarah jentera pilihan raya Umno BN.

“Yang kita concern dan usahakan sekarang ialah persiapan kita. Apabila kita lawan, kita bersiap, dan mereka bersiap, namun persiapan kita dilakukan dengan semaksimum mungkin, insya Allah.

“Persiapan kita adalah persiapan untuk berdepan dengan Umno BN dalam pilihan raya. Ini kerana kita merasakan asas demokrasi itu harus dilangsungkan dan kita serahkan kepada rakyat untuk membuat pilihan,” katanya.

Beliau turut mengulas dakwaan bahawa Umno BN akan menggunakan teori memperalatkan jentera kerajaan seboleh mungkin bagi mencapai kemenangan dalam PRK Dun Galas nanti.

“Dan tindakan itu sudah pun bermula. Jadi benda ni tidak pelik dalam konteks demokrasi politik yang ada di Malaysia ini.

“Namun walau pun mereka memperturunkan banyak ‘pasukan keselamatan’, itu benda yang kita tidak merasa hairan langsung, tidak langsung menghairankan kami,” katanya kepada media pada Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Pertubuhan Kebajikan dan Dakwah Islamiah (Pekida) Malaysia Cawangan Kelantan di Dewan Jubli Perak, Majlis Perbandaran Kota Bharu Bandar Raya Islam (MPKB-BRI), di sini petang tadi.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Bachok menaruh keyakinan bahawa PAS mampu mempertahankan kerusi Dun Galas dalam pilihan raya kecil nanti. Katanya, itulah perjuangan yang akan dilangsungkan sebagaimana dibuktikan PAS dalam banyak pilihan raya yang dimasukinya dengan memperlihatkan sokongan pengundi kepada Pakatan Rakyat (PR) terus meningkat.

Beliau yakin bahawa trak record PAS di Kelantan serta peranan yang dimainkan Allahyarham Chek Hashim Sulaima merupakan aset yang akan digunakan dalam pilihan raya kecil nanti.

“Ada banyak isu yang akan dibangkitkan nanti. Kita masuk pilihan raya itu dengan kekuatan yang ada pada kita, dengan trak record yang telah kita miliki, dengan penuh keyakinan, insya Allah, ” tegasnya.

Leave a comment »

Banner Hari Raya hanya mampu bertahan selama 12 Jam . Tahniah MPS !

Banner Hari Raya YB Aminuddin Harun ADUN Sikamat hanya mampu bertahan selama 12 jam selepas dipasang jam 11 malam semalam . Banner banner tersebut telah dipasang di beberapa tempat strategik oleh AJK MMR ( Majlis Muafakat Rakyat ) Dun Sikamat .

Banner tersebut telah diturunkan seawal jam 9.30 pagi selepas dimaklumkan oleh salah seorang AJK MMR Dun Sikamat . Sekitar jam 2.30 petang , 2 lagi banner telah diturunkan .

Menurut sumber , banner tersebut telah diturunkan oleh pihak MPS ( Majlis Perbandaran Seremban ) .Kejadian ini bukan sahaja melibatkan ADUN Sikamat , tetapi juga melibatkan banner ADUN Ampangan , Nilai dan Temiang .

Semuanya didalam kawasan Parlimen Seremban . Ahli Parlimen Seremban , YB John Fernandez telah dimaklumkan tentang perkara itu dan beliau membuat bantahan kepada MPS dan meminta memulangkan banner banner tersebut namun pihak MPS enggan melakukannya .

Leave a comment »

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.